Trending
Cekik Darah! Air Mineral Dijual RM10 Di Kedai Port Dickson, Bagi Alasan Jenama Baik Punya
Korang pernah tak rasa terkejut bila harga barang yang biasa-biasa tiba-tiba jadi mahal tak masuk akal?
Seperti yang tular di media sosial ini, sebotol air mineral 1.25 liter dijual dengan harga RM10. Fuh, mahal betul.
Kejadian ini dilaporkan berlaku di sebuah kedai terletak di Port Dickson Negeri Sembilan.
KPDN ambil tindakan tegas
Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah membuat serbuan di premis berkenaan dan mengambil tindakan kompaun sebanyak RM200.
Setelah menerima maklumat awam berkaitan harga air mineral tersebut, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Port Dickson terus membuat pemeriksaan di premis itu pada jam 11 pagi, Rabu.
Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, menjelaskan kompaun dikenakan serta-merta ke atas premis tersebut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Gagal meletakkan tanda harga

Kedai tersebut juga didapati tidak meletakkan tanda harga pada produk air mineral yang dijual. Ini jelas melanggar Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020.
#OhmediaNasihat
Bila membeli, pastikan korang sentiasa check tanda harga untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.
Buat peniaga pula, jangan sesekali ambil kesempatan. Tindakan seperti ini bukan sahaja menjejaskan kepercayaan pelanggan, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook KPDN Negeri Sembilan
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM