Oh! Artis
Caprice Jemput Rafidah Ibrahim Buka Cerita Sebenar Kes Kampung Sungai Baru
Caprice jemput Rafidah Ibrahim ke podcast untuk bongkar kisah sebenar isu Kampung Sungai Baru.
Pada
Caprice jemput Rafidah Ibrahim ke podcast untuk bongkar kisah sebenar isu Kampung Sungai Baru.
Oleh
Siapa je yang tak terkejut dengan kecoh-kecoh pasal pengosongan Kampung Sungai Baru ni, kan? Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku sampai timbul kekecohan melibatkan penduduk dan pihak berkuasa.
Baru-baru ni, penyanyi dan aktivis, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, tampil dengan langkah menarik. Dia nak jemput pelakon Rafidah Ibrahim sendiri ke dalam program The Caprice Podcast Show untuk ceritakan hal sebenar.
Menurut perkongsian Caprice di Instagram, dia kata dah ramai sangat yang DM tanya pasal kes ni, jadi dia ambil keputusan untuk buat podcast khas. Katanya, dengan cara ni barulah semua orang boleh dengar cerita terus daripada mereka yang terlibat.
Sebab dah ramai direct message (DM), Cap dah jemput Rafidah dan lain-lain untuk masuk podcast bagi menceritakan keadaan sebenar kes ini bermula macam mana.- Katanya.
Lebih menarik lagi, Rafidah Ibrahim sendiri katanya setuju untuk hadir dan terbuka untuk berkongsi cerita dengan penuh matang.
Saya dah jemput, insya-Allah semua sudi masuk podcast dan kongsi secara matang dan ada budi bicara.- Jelas Caprice lagi.
Perkongsian tu terus jadi bualan ramai. Ramai warganet sokong tindakan Caprice sebab cara ni lebih adil untuk semua pihak.
Malah, ada juga yang cadangkan supaya pihak pemaju turut dijemput sekali, supaya perbincangan tu tak jadi berat sebelah.
Untuk info, Rafidah sebelum ni ada jelaskan sepatutnya kes rayuan penangguhan pengosongan akan didengar di mahkamah pada 3 Oktober. Tapi secara tiba-tiba, tarikh operasi pengosongan rumah penduduk ditetapkan pada 11 September.
Keadaan makin panas bila sekumpulan penduduk enggan beri kerjasama masa operasi tu dijalankan. Hasilnya, berlaku kekecohan sampai ada yang cedera termasuk pihak berkuasa.
Pssttt! Bila dengar kes macam ni, Ohmedia rasa penting sangat untuk kita dapatkan maklumat daripada pelbagai sudut, bukan sekadar satu pihak je. Jangan terus buat kesimpulan tanpa faham situasi sebenar. Harapnya dengan adanya podcast Caprice ni, korang boleh nilai isu ni dengan lebih terbuka dan adil.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Alan Razak menegaskan tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan berhubung isu melibatkan bekas anak guamnya, Dewi.
Asmara Abigail puji ayam gepuk Malaysia lebih sedap selain menganggap negara ini sebagai rumah keduanya.
Intan Najuwa teruja mahu kembali berlakon selepas selamat melahirkan anak kedua pada 9 Ogos lalu.
Ibu Syed Saddiq akui pernah dilema mengenai Bella Astillah ketika kes mahkamah anaknya masih belum selesai.
Fazley Yaakob mohon maaf selepas video mengurut Datuk Seri Vida undang rasa kurang senang orang ramai.