
Trending
Caprice Akhirnya Tunjuk Video Naim Daniel
Caprice akhirnya muat naik video Naim Daniel. Ramai netizen beri reapon di ruangan komen!
Hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu artis lelaki yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi popular telah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 17 tahun.
Difahamkan, selebriti berkenaan telah ditangkap sebelum ini dan telah dirakam keterangan selepas didakwa melakukan perbuatan sumbang di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Ramai cari Caprice sebab nak tahu siapa

Perkara itu telah membuatkan ramai yang meminta penyanyi rap, Caprice supaya mendedahkan siapa sebenarnya artis yang terlibat. Maklumlah, kalau nak tahu apa-apa info sekarang ni mesti orang cari Caprice.
Walau bagaimanapun, Caprice masih belum mendedahkan siapa sebenarnya artis berkenaan sehingga ke hari ini. Tapi, penyanyi rap itu memuat naik satu video terbaru di Instagram miliknya telah mengundang perhatian ramai.
Caprice tunjuk video Naim Daniel
Hantaran itu menunjukkan musik video Naim Daniel berjudul ‘Seni Berdamai Dengan Takdir’ yang dinyanyikan dengan pendakwah bebas, Adnin Roslan.
Nice song Walid.
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang memberi respon dan ada juga yang kaitkan individu dalam video berkenaan dengan kes yang tular itu.
Apapun, kita tunggu saja kenyataan rasmi dari pihak polis. Jangan main tuduh-tuduh selagi belum ada apa-apa info yang sahih okay!
