
Trending
Caj Bagi Pengeluaran Wang Tunai Di Mesin ATM Bank Lain Kembali Bermula 1 Februari 2022?
Oleh
Rasanya semua tahu yang sebelum ini pengeluaran wang tunai di mesin ATM dari bank lain akan dikenakan RM1, betul tak? Walaubagaimanapun, perkara itu tidak lagi terlaksana akibat pandemik untuk memudahkan pengguna.
Menurut kenyataan daripada Twitter CIMB Assists, caj tersebut akan dikuatkuasakan semula dan masih kekal pada RM1 bermula 1 Februari tahun depan.
Para pelanggan yang dihormati,
— CIMB Assists (@CIMB_Assists) December 15, 2021
Berkuatkuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 akan dikenakan keatas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/ CIMB Islamic (1/2)
Perkara ini sekaligus membuatkan kita semua terpaksa pergi ke mesin ATM yang sepatutnya untuk mengelak dari caj dikenakan setelah setahun.
Mesti ramai yang tak puas hati kan? Maklumlah, dah terbiasa kalau nak keluar duit je kita pergi ke mesin ATM mana-mana yang berhampiran.
Kredit: Twitter CIMB Assists
