Connect with us

Oh! Media

Cadang Harga Rokok Sah Turun Hingga RM8 Sekotak? Elak Dominasi Rokok Seludup

Ohmedia rokok

Trending

Cadang Harga Rokok Sah Turun Hingga RM8 Sekotak? Elak Dominasi Rokok Seludup

Cadangan untuk menurunkan harga penjualan rokok sah di pasaran pastinya berita yang baik buat perokok tegar. Cadangan ini datangnya dari seorang penganalis pelaburan dan ekonomi, Pankaj Kumar yang melihat ia adalah cara untuk mengatasi peningkatan rokok seludup yang membimbangkan.

Memang tak dapat dinafikan pada ketika ini perokok tak ada pilihan dan terpaksa dapatkan rokok seludup kerana harganya yang lebih murah berbanding rokok sah yang mahal sebab ada duti eksais.

Kalau korang nak tahu, dalam sidang Dewan Rakyat pada Disember 2020, Datuk Seri Ahmad Maslan turut memberikan cadangan yang sama dengan mengurangkan cukai tembakau.

IKLAN

Maslan juga membayangkan program perintis dalam tempoh dua tahun boleh dilaksanakan syarikat tembakau dengan menjual rokok sah pada harga RM8 sekotak sahaja dan ini pastinya dapat mengelak kerugian tembakau sebanyak RM5 bilion setahun.

Banyak lagi hujah yang diberikan mereka di Sinar Harian tapi ada satu persoalan. Bukankah kenaikan cukai tembakau ini dilakukan adalah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak merokok?

Jika cukai ini diturunkan sehingga RM8 sekotak rokok sah, pastinya golongan remaja dan dewasa lebih ramai yang akan merokok kerana mampu. Apa pandangan korang tentang perkara ini?

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas