Trending

“Bila Anak Tak Dengar Nasihat Kita..” – Ramai Salahkan Bonda Rozita, Ibu Syamsul Yusof Tampil Bersuara

Published on

Tak serik-serik! Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kemarahan selepas memuat naik video raya memaparkan penari berpakaian aneh dan berkelakuan tidak sopan.

BACA: “Matikan Aku Dengan Tenang Dan Beriman”- Aliff Syukri Kongsi Gambar Pil Risaukan Orang Ramai

Tindakan itu menyebabkan Bonda Rozita Ibrahim sebagai ibu menegur Aliff Syukri yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Namun, ramai juga dalam kalangan netizen menyalahkan Bonda Rozita yang tidak pandai mendidik anak. Sampaikan nak menegur pun perlu dibuat secara terbuka.

Seolah-olah berada di ‘kasut’ yang sama, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah berharap netizen tidak menyalahkan Bonda Rozita.

Beliau berkata, apabila anak enggan mendengar nasihat, ibu hanya mampu berserah kepada Allah SWT. Katanya lagi, hanya orang yang melalui situasi tersebut je yang memahami perasaan ibu-ibu.

Kredit: Instagram Bonda Rozita

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version