Connect with us

Oh! Media

Biadap! Ahli Politik Denmark Ancam Bakar Al-Quran Setiap Jumaat

Trending

Biadap! Ahli Politik Denmark Ancam Bakar Al-Quran Setiap Jumaat

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan Ahli Politik berhaluan kanan Denmark, Rasmus Paludan telah membakar 2 naskah Al-Quran di sebuah masjid dan kedutaan Turkiye, Denmark. Allahu, kurang ajar betul dia ni!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Buletin TV3, kali ini dia sekali lagi melakukan tindakan provokatif dengan membakar senaskah lagi kitab suci di hadapan kedutaan Rusia.

Perkara ini dilakukannya selepas dia mendapat kecaman ahli seni bela diri campuran (MMA) kacukan Rusia-Sweden, Khamzat Chimaev yang menggelarnya ‘pengganas’.

Rasmus juga dikatakan turut dapat bantuan polis Denmark yang tutup jalan berhampiran dan mengambil langkah keselamatan ketat sekitar kawasan terbabit.

Bukan tu jer, Rasmus turut berikrar akan membakar kitab suci umat Islam pada setiap Jumaat hingga Sweden diterima menjadi anggota NATO dalam satu kenyataan. Pergh! Betul rasa nak mencarut.

Walau bagaimanapun, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran tidak akan menyatakan sokongan terhadap Sweden untuk menyertai blok itu. 

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas