
Trending
Betul-Betul Nak Haramkan, KKM Nak Buat Generasi Akan Datang Tak Tahu Apa Itu Rokok?
Oleh
Sebelum ini kami melaporkan bahawa Menteri Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Malaysia bakal mengharamkan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas tahun 2005.
BACA : “Kerajaan Bakal Haramkan Jualan Rokok Dan Vape Kepada Remaja” – Khairy Jamaluddin
Menurut laporan Sinar Harian, pelaksanaan tersebut sedang diteliti melalui peruntukan berkaitan Generational End Game di dalam akta baharu iaitu Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan nanti.
Perkara ini dikatakan akan membuatkan generasi akan datang ‘tidak tahu apa itu rokok’ dan ianya telahpun diucapkan sendiri Khairy Jamaluddin sebelum ini.
Untuk pengetahuan, satu daripada lima (21.3%) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara ini adalah perokok menerusi laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau.
Tembakau juga menyebabkan 27,000 kematian setiap tahun di negara ini menurut anggaran KKM.
Kredit: Sinar Harian
