Connect with us

Oh! Media

Berhenti Sekolah Sebab Nak Jaga Ibu Sakit, Terpaksa Makan Nasi Kosong Dengan Budu

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 13t105436435

Trending

Berhenti Sekolah Sebab Nak Jaga Ibu Sakit, Terpaksa Makan Nasi Kosong Dengan Budu

Kejadian di Kuala Krai, Kelantan, seorang wanita berusia 39 tahun telah menghidap empat penyakit sekali gus dan kini bergantung harap kepada anak-anaknya.

Menerusi laporan Berita Harian, Asmawati Samsuddin menghidapi penyakit kanser tulang, barah otak, ketumbuhan di kepala dan juga saraf sejak tujuh tahun lalu dan hilang keupayaan untuk berjalan serta dia juga tidak dapat melihat.

Asmawati mempunyai empat orang anak yang berusia 12 hingga 19 tahun. Kini anak sulungnya, Muhammad Ameer Aiman Zalani yang berusia 19 tahun telah menjadi tulang belakang keluarga untuk mencari nafkah.

IKLAN

Kekangan kewangan dan kesempitan hidup menyebabkan anak sulung saya, Muhammad Ameer Aiman Zalani, 19, mengambil keputusan untuk berhenti sekolah ketika berada di Tingkatan Empat kerana mahu memastikan adik-adiknya lain dapat meneruskan persekolahan hingga ke menara gading.

Sejak itu Muhammad Ameer Aiman menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyara saya serta tiga adiknya yang masih bersekolah dengan mengambil upah memotong rumput di Kem Desa Kok Lanas.

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed pernah melawat keluarga itu dan memberi barang keperluan asas bagi membantu meringankan beban mereka.

Mereka juga harus berjimat memandangkan sumber pendapatan hanya melalui anak sulungnya. Kadang kala mereka terpaksa makan nasi kosong bersama budu atau kicap bagi mengalas perut.

Walau bagimanapun, Asmawati berkata ada juga jiran yang memberi bantuan dari segi keperluan asas.

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan hanya cukup membeli lampin pakai buang saya, selain wang saku bagi perbelanjaan persekolahan anak.

Asmawati berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesembuhannya.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 13t105436435

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas