Connect with us

Oh! Media

maskot elmo

Trending

Berang Kena Kacau Masa Buat Kerja, Maskot Elmo Tumbuk Muka Lelaki Sampai Berdarah

Di Melaka, tular video memaparkan seorang individu yang memakai maskot ‘Elmo’ berwarna merah menumbuk lelaki yang sedang duduk di kaki lima.

BACA: Kelindan Lori Berlagak Samseng Tumbuk Anggota JPJ Dipenjara

IKLAN

Dalam video tular, individu itu dipercayai menumbuk mangsa sehingga berdarah menyebabkan perbuatannya ditegur perakam.

elmo

Namun, dia mempertahankan diri berkata mangsa yang terlebih dahulu mengacau dan menumbuk bahagian perutnya.

Dia tumbuk saya punya perut bang. Saya panggil polis, polis cakap kau setel sendiri. Dia tumbuk saya dulu. Saya tengah kerja.

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

Pihaknya akan membuat siasatan sama ada video tular klip lama atau baru. Jika video baru, pihak polis akan membuat laporan untuk tindakan seterusnya.

Kredit: Utusan Online

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas