Connect with us

Oh! Media

Bekas Suami Kahwini Dhabitah, Elly Pesan Agar Sentiasa Sabar Dalam Rumah Tangga

jiggy dan dhabitah nikah

Oh! Artis

Bekas Suami Kahwini Dhabitah, Elly Pesan Agar Sentiasa Sabar Dalam Rumah Tangga

Walaupun sudah 4 tahun bercerai, pengacara dan pelakon Elly Ariffin masih mempunyai hubungan baik bersama bekas suaminya, Jiggy Masin. Elly mengucapkan tahniah kepada pelawak itu atas perkahwinannya bersama Dhabitah Sabri, atlet penerjun Malaysia.

ADVERTISEMENT

Elly atau nama sebenarya Nurul Elyana Kamalul Arifin berkongsi menerusi Insta storynya juga mendoakan agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata dengan cepat.

Tahniah @jiggymasin dan @dhabitah_sabri. Selamat pengantin baru kepada anda berdua. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan cepat-cepat dapat baby yang comel okay.

dhabitah

Tambahan, Elly turut memberi pesanan dalam rumah tangga kepada pasangan yang baru sahaja berkahwin itu.

Sentiasa beringat, kunci rumah tangga adalah kesabaran.

Dalam pada itu, Jiggy memaklumkan dia dan Dhabitah tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka tetapi memilih waktu yang sesuai untuk berkongsi berita gembira ini.

Pasangan ini sudah pun berkenalan sejak lebih setahun yang lalu ketika bertemu di sesi fotografi.

Jiggy Masin pernah mendirikan rumah tangga dengan Elly Ariffin pada 9 September 2016 walau bagaimanapun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media,

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas