
Trending
Bekas Pengurus Hael Husaini Didakwa Seleweng Duit Persembahan!
Bekas pengurus Hael Husaini didakwa seleweng RM28,000 wang persembahan. Kes kini di mahkamah dan Hael hadir sebagai saksi.
Syarikat pengurusan penyanyi terkenal, Hael Husaini, iaitu Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (RFE) telah mengambil tindakan tegas dengan memfailkan saman terhadap bekas pekerja mereka atas dakwaan penyelewengan wang sebanyak RM28,000.
Menurut laporan mStar, kes itu melibatkan bayaran bagi urusan persembahan hiburan yang berlangsung pada Januari tahun lalu, namun wang tersebut tidak disalurkan seperti sepatutnya dan perkara ini dikatakan sendiri Naib Presiden RFE, Prem Rajahram Anand.
Kami telah membuat laporan polis pada pertengahan tahun lalu selepas mengesan penyelewengan terhadap tawaran persembahan Hael.
Usaha rundingan gagal, terpaksa serah pada undang-undang

Prem turut menjelaskan bahawa sebelum tindakan undang-undang diambil, pihaknya sudah cuba berbincang secara baik dengan individu terbabit.
Kami beri tempoh dua minggu untuk selesaikan bayaran, tetapi dia gagal lunaskan. Malah, individu tersebut mahu kes diselesaikan melalui undang-undang.
Disebabkan itu, RFE membuat laporan polis pada Jun tahun lalu dan kes kini dibawa ke mahkamah dengan sebutan pertama pada November 2024. Perbicaraan diteruskan hari ini di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Hael Husaini hadir sebagai saksi

Hael yang turut hadir sebagai saksi kes, memilih untuk tidak mengulas lanjut namun berharap perkara ini menjadi pengajaran buat semua pihak.
Semoga jadi iktibar kepada saya, pihak pengurusan dan artis lain.
Turut hadir bersama adalah peguam RFE, Narainasami SM Alagu dan Ketua Music & Kandungan Rocketfuel, Syakireen Othman.
Pssttt! Dalam dunia hiburan yang penuh kepercayaan, kejujuran adalah kunci utama. Jangan sesekali ambil kesempatan terhadap rezeki orang lain kerana setiap tindakan pasti ada balasannya.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
