Connect with us

Oh! Media

Bekalan Ketum Dirampas, Dua Individu Ditahan Polis

Trending

Bekalan Ketum Dirampas, Dua Individu Ditahan Polis

Pihak polis telah merampas sebuah tong ais yang mengandungi 54 bungkus air ketum selain turut menahan dua individu ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Kantoi Mengedar Ketum, ‘Geng Datin’ Ditahan

Memetik laporan Metro Harian, dua individu yang ditahan dilaporkan berusia dalam lingkungan 30 dan 50-an ditahan selepas polis mendapati terdapat 54 bungkusan air ketum dalam tong ais itu selain turut menjumpai satu paket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin hasil serbuan pada pukul 5.30 petang semalam.

54 bungkusan air ketum yang dirampas pihak polis

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata air ketum yang dirampas disyaki untuk diedarkan di sekitar Kajang.

Polis percaya air ketum siap diproses serta dibungkus dalam kuantiti yang banyak oleh suspek ini bertujuan untuk pengedaran kepada pelanggan di sekitar Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan

Mohd Zaid berkata, seorang daripada dua suspek tersebut didapati positif dadah selepas melakukan ujian saringan air kencing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Zaid turut menasihati orang ramai jika terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh terus disalurkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang Khususnya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas