Walaupun hanya melakukan konten yang berkaitan dengan perkara-perkara nostalgia sewaktu zaman persekolahan, pempengaruh TikTok, Ryan Bakery menjadi semakin terkenal dari hari ke hari.
Sehinggakan baru-baru ini, Ryan mendapat hadiah yang dianggarkan bernilai RM10,000 daripada seorang penonton yang hanya dikenali sebagai ‘Sultan Pemurah’.
Konten sebiji macam Ryan Bakery
Terbaru, tular beberapa video dimuat naik seorang pengguna TikTok bernama mohdridwanwahab yang dikatakan seakan-akan meniru idea konten yang dibuat Ryan Bakery.
Seakan tidak mempunyai identiti sendiri dan meniru idea dan karya orang lain, pemuda ini dikritik hebat oleh netizen yang memintanya untuk menjadi diri sendiri ketika menghasilkan video di TikTok.
Cukuplah Ryan sorang je sebab kalau ramai yang buat konten yang lebih kurang sama macam ni, dia jadi kurang menarik pula.