Connect with us

Oh! Media

“Bedak Pun Sama” – Buat Konten Macam Ryan Bakery, Netizen Minta Lelaki Ini Jadi Diri Sendiri

Trending

“Bedak Pun Sama” – Buat Konten Macam Ryan Bakery, Netizen Minta Lelaki Ini Jadi Diri Sendiri

Walaupun hanya melakukan konten yang berkaitan dengan perkara-perkara nostalgia sewaktu zaman persekolahan, pempengaruh TikTok, Ryan Bakery menjadi semakin terkenal dari hari ke hari.

ADVERTISEMENT

BACA: “Walid Call Umi Dapat Duit Kahwin” – Ryan Bakery Terkejut Dapat ‘Gift’ Mahal Di TikTok

Sehinggakan baru-baru ini, Ryan mendapat hadiah yang dianggarkan bernilai RM10,000 daripada seorang penonton yang hanya dikenali sebagai ‘Sultan Pemurah’.

Konten sebiji macam Ryan Bakery

Terbaru, tular beberapa video dimuat naik seorang pengguna TikTok bernama mohdridwanwahab yang dikatakan seakan-akan meniru idea konten yang dibuat Ryan Bakery.

@mohdridwanwahab Pailang sekolah masuk kelas sebelah zaman sekolah dulu lestik pakai peluru kertas pada kalau kena mengelupor nyawa kau hahaha…#AbamPolisTukangMasak #fypシ #fyp ♬ original sound – mohdridwanwahab

Dapat dilihat, pemuda tersebut turut membuat konten yang seakan sama dengan video yang dihasilkan Ryan.

Bukan itu sahaja, dia juga memakai bedak sama seperti yang dilakukan Ryan menerusi video yang dihasilkannya.

@mohdridwanwahab Ragam budak2 sekolah tadika zaman dulu sebab takut sgt nak bagitau cikgu sampai terberak dalam seluar…🤣🤣🤣#AbamPolisTukangMasak ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga

Jadilah diri sendiri

Seakan tidak mempunyai identiti sendiri dan meniru idea dan karya orang lain, pemuda ini dikritik hebat oleh netizen yang memintanya untuk menjadi diri sendiri ketika menghasilkan video di TikTok.

Cukuplah Ryan sorang je sebab kalau ramai yang buat konten yang lebih kurang sama macam ni, dia jadi kurang menarik pula.

Kredit: TikTok mohdridwanwahab

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas