Connect with us

Oh! Media

Beberapa Sektor Ekonomi Di Negeri Fasa 1 Dibuka Semula Bermula 16 Ogos

Sektor Ekonomi

Trending

Beberapa Sektor Ekonomi Di Negeri Fasa 1 Dibuka Semula Bermula 16 Ogos

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 16 Ogos ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

BACA : Selangor Dijangka Beralih Fasa 2 PPN Pada September Ini 

IKLAN

Tambahnya, keputusan tersebut dicapai setelah pihak kerajaan berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor berkepentingan.

Sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula

Kemudahan ini berkuat kuasa bermula 16 Ogos 2021 melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi di negeri Fasa 1 iaitu kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot, kedai peralatan sukan, kedai aksesori kereta.

Sektor Ekonomi Dibuka

Selain itu, pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani sahaja, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas dan kedan gunting rambut atau salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

Walaubagaimanapun, pemilik premis yang dibenarkan beroperasi ini perlu memastikan pelanggan yang datang mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19.

Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap dan boleh masuk ke dalam premis berkenaan.

Kredit : Twitter 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas