Connect with us

Oh! Media

Bayi Ditinggalkan Dalam Kotak, Bersama Nota Minta Maaf

Image 93

Trending

Bayi Ditinggalkan Dalam Kotak, Bersama Nota Minta Maaf

Tengah kecoh isu politik sana sini, tiba-tiba muncul pula berita ada orang buang bayi dalam kotak. 

Bayi lelaki yang cukup sifat dan sihat itu, telah dikatakan ditemui berada di dalam kotak bersama dengan nota meminta maaf, yang telah diletakkan di depan pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru.

Image 93


Dia telah ditemui oleh Mohd Maidin Abdul Rahim,38, semasa dia dalam perjalanan ke Sekolah Agama Rakyat (SAR). Menurut Mohd Maidin, 38, di dalam kotak itu juga terdapat lampin pakai buang, bedak dan tisu basah.

IKLAN

Saya ketika itu mahu ke sekolah untuk melihat kerja pembersihan dan ternampak kotak di pintu pagar surau. Pada mulanya ingatkan ada orang membuang anak kucing.

Kebetulan kotak itu ditutup dengan kain biru, jadi saya ambil keputusan untuk tengok dan selak kain itu. Terkejut saya apabila melihat bayi di dalamnya.

Antara isi dalam nota tulisan tangan itu , adalah memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi itu disebabkan faktor ekonomi dan berterima kasih kepada individu yang sanggup menjaga bayi itu. – Katanya

Image 92

Bayi itu dipercayai mungkin telah ditinggalkan oleh penjaganya selepas Subuh, kerana surau berkenaan telah mengehadkan jemaah untuk bersolat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Saya maklumkan penemuan itu kepada jemaah surau dan mereka beritahu tidak perasan kotak berkenaan di pintu pagar ketika mereka mahu beredar. – Katanya yang memberitahu kejadian itu pertama kali berlaku di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa pula berkata ketika dihubungi, telah mengesahkan mengenai penemuan bayi itu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan bayi diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Aduhai, nak marah pun tak sampai hati, mungkin betul ibu bapa bayi tu tengah susah apatah lagi sekarang ni dengan COVID-19 pula. Apa pun harap bayi tu dapat membesar dengan baik dan semoga menjadi insan yang berguna.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas