Connect with us

Oh! Media

Disyaki Mendera Bayi Berusia Setahun, Ibu Dan Ayah Angkat Ditahan

0e4c4826 6c22 49d5 afde 94a19f318f76

Trending

Disyaki Mendera Bayi Berusia Setahun, Ibu Dan Ayah Angkat Ditahan

Kisah kematian adik Amir yang dipercayai didera oleh ibu dan ayah tiri masih lagi menjadi bualan hangat oleh rakyat Malaysia di media sosial. Terbaru media melaporkan lagi kes dera dan kali ini mangsa dipercayai telah didera oleh ibu dan ayah angkatnya.

Sepasang suami isteri berumur 26 dan 31 tahun, yang menetap di sebuah kediaman di Kok Lanas, Terengganu dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis pada jam 1 pagi tadi, kerana disyaki mendera anak angkat mereka yang berumur setahun dua bulan.

Bayi perempuan itu dipercayai telah mengalami kecederaan pada badan, muka, dahi dan tangan, selain bengkak peha kanan.

IKLAN

Kecederaan itu dikesan oleh ibu kandung mangsa sendiri yang berusia 33 tahun. Dia mendapati ada parut pada anggota badan sebelum membawa mangsa ke sebuah Klinik Kesihatan di Besut.

Bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu. Selepas didapati ada kesan dera, kes itu dilaporkan kepada polis. – Kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu.

Berdasarkan laporan yang diterima, bayi itu telah diserahkan kepada pasangan suami isteri itu oleh ibu kandung mangsa pada bulan Ogos tahun lepas.

Tetapi pada bulan November lalu, pasangan itu telah pun menyerahkan semula mangsa kepada ibu kandungnya yang tinggal di Besut, Terengganu.

Wanita itu sedar ada terdapat kesan parut pada tubuh anaknya sebelum dia membawa mangsa ke sebuah Klinik Kesihatan di daerah Besut.

Dia kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan dipercayai mempunyai kesan dera. – Kata Ketua Polis Daerah Besut.

Berdasarkan hasil ujian saringan air kencing yang telah dijalankan, ternyata suspek lelaki telah didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Makin banyak pula kes dera kanak-kanak yang dilaporkan sejak akhir-akhir ni. Kita ni terpijak ekor kucing pun dah rasa bersalah. Macam manalah suspek boleh tergamak nak dera budak yang sekecil itu…

Kredit: Berita Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas