Connect with us

Oh! Media

Bayi Cipta Sejarah, Lahir Selepas 27 Tahun Dibekukan

Df3dfe64 7d19 4d90 9f45 c8057ec8861f

Trending

Bayi Cipta Sejarah, Lahir Selepas 27 Tahun Dibekukan

Siapa sangka ternyata teknologi yang digunakan bertahun-tahun dulu mampu memelihara embrio untuk jangka masa yang lama. Pemindahan embrio adalah antara langkah yang paling sederhana dan terakhir bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, jika proses bagi fertilisasi in vitro (IVF) gagal dilakukan.

Di Tennessee, seorang bayi berusia sebulan yang dikenali sebagai Molly Everette Gibson dikatakan berjaya mencipta sejarah selepas dia telah selamat dilahirkan dengan menggunakan embrio yang dibekukan sejak lebih 27 tahun lalu.

Cd79111a f22e 4be5 b06c 24b0e8c87a7f

Molly adalah bayi yang lahir daripada hasil embrio yang telah dibekukan daripada penderma dan kemudian dipindahkan ke rahim ibunya pada 10 Februari yang lalu.

IKLAN

Menurut kakitangan penyelidikan di Perpustakaan Perubatan Preston Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS), embrio itu adalah yang paling lama dibekukan.

Kelahiran Molly dikatakan telah memadam rekod terdahulu yang dipegang oleh kakaknya, Emma Wren Gibson yang dilahirkan dengan kaedah sama, pada 2017.

C8237789 647a 49df 96f5 f59ca457f5c8

Embrio Emma dikatakan telah dibeku selama lebih 24 tahun bersama embrio adiknya yang sebenarnya menjadikan mereka ‘adik-beradik genetik.’

Semasa Ibu bapa Emma datang semula untuk menjalani pemindahan embrio, saya gembira kerana masih ada embrio daripada penderma sama yang mendermakan embrio Emma.

Wahhh! dua-dua embrio dari penderma yang sama pula tu. Embrio yang sepatutnya lahir 27 tahun lepas tapi dilahirkan 27 tahun kemudian, memang ‘rare’ betul.

Kredit: Harian Metro

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas