Connect with us

Oh! Media

Tarikh Bayaran Fasa Kedua Bagi BPN 2.0

Trending

Tarikh Bayaran Fasa Kedua Bagi BPN 2.0

Berita baik buat korang yang sudah memohon Bantuan Prihatin Nasional, dengar cerita pembayaran bagi fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dipercepatkan dan dikatakan bayaran paling awal akan dibuat pada 21 Januari ini!

ADVERTISEMENT

Disebabkan oleh pelaksanaan bermacam jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan), Kementerian Kewangan dilaporkan akan mempercepat bayaran bagi fasa kedua BPN 2.0 kepada 11.06 juta penerima yang dikatakan turut merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta sekitar 460,000 penerima baharu. 

Penerima baharu itu adalah permohonan yang diluluskan pada tempoh permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 lalu.

Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my. – Kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Untuk golongan B40, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pada 21 Januari ini, dan diikuti oleh golongan M40 pada 25 Januari.

Bagi penerima tanpa akaun, bayaran akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 25 Januari dan untuk penerima yang berada di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank, bayaran akan diterima mulai awal bulan Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan pada akhir Januari.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas