Connect with us

Oh! Media

Belum Sempat Pulang Ke Rumah, Dua Kanak-kanak Hilang Dihanyut Arus

Trending

Belum Sempat Pulang Ke Rumah, Dua Kanak-kanak Hilang Dihanyut Arus

Hari ini di Sabah, telah dilaporkan dengan kehilangan dua beradik yang dikatakan hanyut semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Dangulad.

ADVERTISEMENT

Kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun bersama adik perempuannya yang baru berusia empat tahun itu masih lagi belum ditemui sejak malam tadi.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah bersama bapa mereka yang memandu pacuan empat roda itu sebelum dihanyut arus.

Menurut sumber, jambatan konkrit di Kampung Dangulad yang mereka lalui pada waktu itu sudah pun dinaiki air dan arus sungai dikatakan secara tiba-tiba menjadi deras dengan mendadak hingga menghanyutkan kenderaan dinaiki mereka.

Ayahnya pada masa yang sama dikatakan berjaya keluar dari kenderaan itu dan belum sempat untuk dia menyelamatkan kedua anaknya, kenderaan itu telah pun dihanyut oleh arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran berkata, pihaknya ada menerima panggilan pada jam 12.08 sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik saja tiba di lokasi kejadian, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilakukan dan pasukan bomba berjaya menemui kenderaan dinaiki mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian namun mangsa belum ditemui.

Operasi SAR kemudian ditangguh 1.30 pagi dan akan disambung semula. – Katanya.

Mudi berkata, kejadian itu dipercayai berlaku akibat limpahan air daripada bukit susulan hujan yang berlaku di kawasan bukit berkenaan.

Setakat ini, dua rumah telah dihanyutkan, manakala lima lagi terjejas tapi semua penghuni selamat dan berjaya keluar daripada rumah mereka.

Air mula surut 11 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Katanya.

Keadaan cuaca dikatakan telah pun baik sebelum kejadian air sungai Kampung Pampang yang naik mendadak secara tiba-tiba semasa kejadian itu berlaku.

Penduduk kampung yang menyedari kejadian limpahan air sungai itu bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

Menurut sumber, Sungai Pampang adalah antara sungai yang terbabit dalam kejadian ribut tropika Greg yang pernah berlaku pada 1996.

Harap pihak Bomba dapat menemui kedua mangsa dengan segera. Kami di pihak Oh! media juga berharap semoga keluarga mangsa terus sabar dan tidak berputus asa.

Kredit: Harian Metro

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas