Connect with us

Oh! Media

uitm

Trending

Bapa Allahyarham Khairil Anwar Luah Rasa Pilu, Tak Sangka Sekali Lagi Kehilangan Anak Akibat Kemalangan

Bapa kepada Khairil Anwar, salah seorang pelajar UiTM yang maut dilanggar meluahkan rasa pilu kerana kini kedua-dua anak lelakinya sudah meninggal dunia.

Memetik laporan Harian Metro, Jamaludin Hussin berkata, anak sulungnya iaitu abang kepada Khairil Anwar meninggal dunia kira-kira tujuh tahun lalu juga akibat kemalangan.

IKLAN
khairil anwar

Anak sulung dijemput Ilahi pada 3 Oktober 2017 dan kini anak bongsu pada 9 Oktober, malah masa kejadian itu juga hampir. Saya tak sangka kejadian ini berulang lagi apabila kehilangan dua anak lelaki akibat kemalangan pada bulan yang sama.

Jelas Jamaludin, dia menerima panggilan daripada seorang kakitangan UiTM memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 9 malam.

Dia terus bergegas ke Dungun dan tiba di Unit Perubatan Forensik Hospital Dungun pada jam 3.30 pagi.

khairil anwar

Pada 6 Oktober lalu, dia dan isteri Norma Mohammed Nor, baru sahaja menghantar anak bongsu daripada lima beradik itu ke Dungun untuk memulakan semester baharu.

Saya sudah tiada anak lelaki apabila kedua-duanya meninggal dunia dalam kemalangan. Lebih memilukan apabila mereka ‘dijemput’ dalam keadaan dan bulan yang sama.

Kata bapa lagi, allahyarham Khairil Anwar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Terdahulu, media melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dirempuh SUV jenis Honda CRV di hadapan universiti.

uitm

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro | Foto (Ghazali Kori)


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas