Trending

Banjir Di Baling, Mayat Wanita Hamil Ditemui Berpelukan Bersama Ibu Mertua

Published on

Mayat wanita hamil yang dikatakan hilang kerana kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi semalam ditemui dalam keadaan berpelukan bersama ibu mertua yang menghidap strok.

BACA: Wanita Hamil Tujuh Bulan Mati Ditembak Di Perut

Menerusi laporan Awani, mayat mangsa ditemui pada jam 9.30 pagi tadi di bawah timbunan batang pokok kira-kira 100 meter dari rumah mereka yang dihanyutkan arus deras.

Kedua-dua mangsa berpelukan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon menyatakan terdapat dua mangsa yang ditemui dan mangsa kedua yag dijumpai berjaya dikeluarkan selepas 15 minit mangsa pertama dikeluarkan.

Untuk hari ini, kita fokus pencarian dalam radius awal, lebih kurang 100 meter dari kawasan rumah mereka. Dan Alhamdulillah, dalam pukul 9.30 pagi tadi mangsa berjaya dikesan anggota pasukan STORM.

Mereka nampak kaki mangsa yang terperangkap di dalam (atau) bawah bongkah kayu, berkemungkinan mangsa hanyut bersama bongkah kayu dan tersangkut di kawasan yang kita temui itu.

Apabila dikeluarkan, ada seorang mangsa di situ. Mangsa pertama adalah wanita mengandung Nurul Anis, dan di bawah mangsa pertama tadi ditemui mangsa kedua. Mereka berdua sedang berpelukan.

Allahuakbar, sayunya hati dengar khabar macam ni. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan yang melanda mereka. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Comments

Exit mobile version