Connect with us

Oh! Media

“Balik La Fatin” – Beg Sandang Berisi Duit, ‘Name Tag’ Ditemui Di Lokasi SAR Tragedi Kepala Air

kepala air

Trending

“Balik La Fatin” – Beg Sandang Berisi Duit, ‘Name Tag’ Ditemui Di Lokasi SAR Tragedi Kepala Air

Hujung minggu lalu, negara dikejutkan dengan kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman yang meragut nyawa 9 sekeluarga termasuk seorang bakal menantu.

ADVERTISEMENT

Setakat ini, pihak bomba telah menemui 9 mayat dan seorang lagi mangsa masih hilang.

BACA: “Aku Tak Kuat Yani” – 10 Sekeluarga Dikhuatiri Lemas Dibawa Kepala Air

Terbaru, Harian Metro melaporkan, pasukan pencarian menjumpai sebuah beg sandang jenama Gregory berisi wang dan dokumen penting dipercayai milik si bapa, Karim Abdullah.

kepala air

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, di dalam beg sandang itu terdapat wang tunai sebanyak RM1,279, kad perkahwinan, jam tangan, telefon bimbit dan seutas kalung.

Beg itu ditemukan di tebing pasir pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian pada 12 tengah hari semalam.

Selain itu, pasukan penyelamat juga menemui tanda nama “Fatin” dipercayai milik satu-satunya mangsa yang masih hilang iaitu Putri Nor Fatin Karim dan beg duit jenama Michael Kors.

@mr.conan_88 #fyp #folow ♬ Ku Teruskan – Sarah

Dalam perkembangan terkini, operasi SAR diteruskan dengan skala lebih kecil dan secara pemantauan harian oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dan BBP Chukai.

Kredit: Harian Metro | TikTok @mr.conan_88

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas