Trending

“Baju Family Day Ke Ni?” – Netizen Terkejut Tengok Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris

Published on

Kecoh di media sosial mengenai baju rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 kontinjen Malaysia yang dikatakan agak mengecewakan.

BACA: 5 Peraturan Dalam Acara Sukan Olimpik Yang Pelik Tapi Tetap Digunakan

Orang ramai berkata, rekaan baju tersebut nampak ‘biasa’ sahaja dan ianya dilancarkan secara rasmi hanya menggunakan patung.

Di ruangan komen perkongsian Instagram @olympicmas, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen mengenai design baju kali ini.

Ada netizen mempersoalkan di mana corak harimau yang menjadi identiti Malaysia selama ini.

Malah, ada yang membandingkan pakaian itu dengan baju hari keluarga dan baju jersi keluaran usahawan, Kieda Crepe yang jauh lebih gah.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh menjawab pihak KBS tidak bertanggungjawab dalam rekaan pakaian rasmi kontinjen Malaysia.

Katanya, keputusan dibuat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan ianya hasil kerjasama dengan pengeluar barangan sukan ternama iaitu Yonex.

Kredit: Instagram @olympicmas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version