Connect with us

Oh! Media

Shahrul Nasrun Dakwa Bekas Isteri Pergi Kelab Malam, Tinggal Anak Sampai 4 Pagi

bekas suami

Trending

Shahrul Nasrun Dakwa Bekas Isteri Pergi Kelab Malam, Tinggal Anak Sampai 4 Pagi

Kemelut antara ahli politik, Datuk Shahrul Nasrun dan bekas isterinya Fatin Amyra masih belum reda apabila usahawan itu tampil ‘meletup’ di Instagram Story dengan beberapa pendedahan mengejutkan.

BACA: “Ada Orang Jumpa Dekat Lobby Hotel, Try Mengorat” – Ramai DM Perangai Bekas Suami, Usahawan Ini Bersuara

IKLAN

Memberi respon kepada pendedahan itu, Shahrul mendakwa dirinya masih dipantau bekas isteri walaupun mereka sudah bercerai sejak Julai 2024.

“Jangan tunjuk kita baik sangat…”

Dalam hantaran tersebut, Shahrul mempersoalkan sikap bekas isteri yang menurutnya masih mencari perhatian murahan, malah dakwanya bekas isteri meninggalkan anak mereka untuk ke kelab malam hingga awal pagi.

shahrul

Menurut Shahrul, dia langsung tidak berminat untuk melayan ‘drama’ bekas isterinya kerana tidak mahu membuang masa.

Katanya lagi, tiada keperluan untuk menjelaskan apa-apa kerana dia bukan lagi ‘mangsa’ dalam hidup wanita itu.

Just accept it that I’m not your victim anymore. Move ON with you new guy. Jangan tunjuk kita baik sangat.

Dalam masa sama, Shahrul juga mengingatkan orang ramai supaya tidak memuji-muji bekas isterinya kerana kecantikan itu subjektif.

Apa yang penting, katanya, adalah hati yang tenang dan bukan bergantung pada kekayaan atau rupa semata-mata.

Dakwa bekas isteri sembunyi tracker dalam dompet?

shahrul nasrun

Apa yang lebih mengejutkan, Shahrul turut memuat naik gambar satu kad pengesan (tracker card) yang dipercayai disorokkan dalam dompetnya.

Menurutnya, kad itu dikesan aktif sehinggalah ia dimatikan pada 6 April lalu iaitu sehari sebelum dia balik kampung menyambut Hari Raya.

Dah divorce pun still nak track your ex-husband ke? C’mon. And it was switched OFF since 6th April.

Tambahnya lagi, tindakan seperti ini jelas bercanggah dengan dakwaan bahawa bekas isterinya sudah ‘move on’.

bekas isteri

Exco Pemuda Umno Malaysia ini bagaimanapun tetap menunjukkan sisi matang dan penuh rasa hormat apabila memuat naik kenyataan yang menyentuh hati tentang peranan ibu kepada anak-anaknya.

Shahrul menjelaskan bahawa walaupun apa pun yang berlaku antara mereka berdua, wanita itu tetap ibu kepada anak-anak mereka dan beliau tidak pernah anggap bekas isterinya sebagai musuh.

Beliau berkongsi bahawa dia sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas isterinya dan akui bahawa walaupun dirinya mungkin tidak sempurna, dia telah berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik dalam perkahwinan mereka.

Pssttt! Apabila berpisah, emosi anak-anak merupakan perkara utama yang harus dijadikan keutamaan. Tak eloklah kalau masing-masing membuka aib sendiri kan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas