
Trending
Azlan Komeng Mengaku Hantar Mesej Lucah Dan Cerita Perkara Sebenar!
Azlan Komeng mengaku memang mesej itu dihantar olehnya..
Pelakon dan pelawak terkenal, Azlan Komeng tampil mempertahankan diri selepas beberapa tangkapan layar perbualan dan video berunsur lucah yang didakwa melibatkan dirinya mula tular di media sosial.
Menurut laporan mStar, Azlan berkata yang mesej tersebut memang dihantar olehnya, namun perkara itu berlaku lima tahun lepas dan ianya bukan perkara baharu seperti yang digembar-gemburkan.
Saya tahu siapa yang sebarkan benda ni. Memang ada mesej itu tapi itu cerita lama. Ini semua ada unsur dendam!
“Nak malukan saya dan hancurkan rumah tangga saya!” – Azlan Komeng

Pelakon berusia 49 tahun itu percaya bahawa individu berkenaan berniat jahat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan hubungan rumah tangganya bersama isteri tercinta, Nilam Ortiz.
Saya pun tak faham kenapa masih nak balas dendam. Sebelum ni pun dah bincang.
Jelas Azlan lagi, penyebaran mesej lama itu seolah-olah dirancang dengan niat jahat kerana ia kembali timbul setelah sekian lama.
Laporan polis sudah dibuat

Enggan berdiam diri, Azlan telah pun membuat laporan polis dan memberi amaran keras kepada individu terbabit agar bersedia menerima tindakan sewajarnya.
Saya dah buat laporan polis. Tunggu saja tindakan selanjutnya!
Pssttt! Berhati-hatilah dalam menyimpan dan berkongsi kandungan peribadi, walaupun lama. Dendam manusia sukar diduga, tapi undang-undang sentiasa ada untuk menegakkan kebenaran.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
