Connect with us

Oh! Media

Awas Netizen! Jangan Jadi Punca Luqman & Safawi ‘Dibahan’ Di Eropah

Trending

Awas Netizen! Jangan Jadi Punca Luqman & Safawi ‘Dibahan’ Di Eropah

Alahai netizen. Ohmedia faham kita nak kan yang terbaik untuk dua pemain Malaysia yang kini beraksi dalam kelab Eropah, tapi jangan lah sampai melampau-lampau.

ADVERTISEMENT

Ada antara netizen ni yang suka komen ‘mengarut’ di social media rasmi milik KV Kortrijk dan Portimonense SC. Ada yang pertikai keputusan dua kelab tersebut sebab tak kasi Luqman dan Safawi bermain dalam perlawanan rasmi, ada yang tuduh Luqman dengan Safawi ni sekadar panaskan bangku simpanan, dan macam-macam komen lagi lah!

Haih, ni semua lah yang nanti akan effect prestasi Luqman dan Safawi secara tak langsung. Yelah, silap-silap diorang boleh jadi bahan ejekan dekat team diorang sendiri tau. Bak kata pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa, peminat perlu sedar yang liga Eropah ada standard sendiri yang berbeza dengan negara kita.

“Kita sebagai peminat perlu bersifat realistik dan adil kepada Luqman serta Safawi supaya mereka tidak dijadikan bahan sindiran dalam pasukan. Kita perlu berhati-hati dan menghormati mereka, jangan beri tekanan tambahan. Bila jadi bahan sindiran dan ejekan ini boleh menjejaskan mental dan fokus pemain.” – katanya.

Jadi, kita kenalah bagi mereka berdua sesuaikan diri dengan suasana baru ni. Sabar dulu, jangan gelojoh sangat. Bak kata orang, pelan-pelan kayuh. Apapun, semoga Safawi dan Luqman akan terus maju jaya dan mampu harumkan nama Malaysia di bumi Eropah nanti.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas