Connect with us

Oh! Media

Awas! 4 Dari 10 Rakyat Malaysia Mempunyai Kolestrol Tinggi….

Trending

Awas! 4 Dari 10 Rakyat Malaysia Mempunyai Kolestrol Tinggi….

Kolestrol tinggi merupakan penyumbang utama kepada masalah penyakit jantung.

ADVERTISEMENT

Data menunjukkan 4 dari 10 rakyat Malaysia mempunyai kolestrol tinggi. Namun, hanya seorang daripada mereka yang menyedari status kolestrol tinggi mereka.

Lebih membimbangkan, hampir separuh daripada penghidap kolestrol tinggi merupakan individu di bawah umur 40 tahun tau. Takutnya!

Jom Sahut Cabaran Jaga Kesihatan Jantung!

Jangan bertangguh lagi, mula sekarang untuk jaga kesihatan jantung korang. Jom sertai Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS.

Tahun ini, NESTLÉ OMEGA PLUS bekerjasama dengan BookDoc sebagai kesinambungan misi mereka untuk mendidik dan membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka.

Nak sertai mudah saja, bermula dari sekarang sehingga 30 Jun ini, korang hanya perlu membeli produk NESTLÉ OMEGA PLUS bernilai sekurang-kurangnya RM20 untuk kelayakan menyertai cabaran ini.

Kemudian, korang akan dapat satu ujian profil lipid BP Healthcare secara percuma, dan mereka yang didapati mempunyai kolesterol low-density lipoprotein (LDL) yang tinggi atau berisiko akan layak memulakan perjalanan 30 hari mereka dengan NESTLÉ OMEGA PLUS.

Sebagai sebahagian daripada cabaran itu, para peserta turut akan mendapat kit-permulaan 5 hari yang percuma, serta sokongan daripada jurulatih kesihatan profesional melalui Aplikasi BookDoc bagi membantu perjalanan 30 hari ke arah paras kolesterol yang lebih sihat.

Apa yang korang kena buat, dalam masa 30 hari, korang kena ambil dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari untuk membekalkan jantung dengan 1.2g sterol tumbuhan ActiCol yang dibuktikkan secara saintifik dapat merendahkan paras kolesterol**. Paras kolesterol yang rendah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Pastikan korang rekodkan pengambilan NESTLÉ OMEGA PLUS dalam Aplikasi BookDoc dengan memuat naik foto setiap kali.

Peserta yang berjaya mengurangkan paras LDL mereka dalam tempoh cabaran akan layak memenangi hadiah lumayan, termasuk percutian domestik bernilai RM5,000 atau kad baucar sukan bernilai RM500.

NESTLÉ OMEGA PLUS percaya perjalanan ke arah kesihatan jantung yang lebih baik bermula dengan kesedaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhinya, termasuk kolesterol tinggi.

Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS merupakan antara inisiatif untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk diet seimbang serta senaman tetap, disertai dengan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari.

“Kami sangat teruja untuk meneruskan Cabaran 30 Hari dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan jantung mereka. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai kami dalam perjalanan ini dan meraih manfaat daripada pengurangan paras kolesterol. Cabaran 30 Hari ini terus memotivasikan dan mendidik rakyat Malaysia agar lebih proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka dan kami yakin tahun ini, ramai lagi rakyat Malaysia akan menyahut cabaran ini,” kata Kenny Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Tenusu dan Nutrisi Dewasa di Nestlé Malaysia.

Mulakan perjalanan anda ke jantung lebih sihat hari ini juga! Untuk maklumat lanjut dan menyertai Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS, layari https://www.dearnestle.com.my/cabaran-30-hari-nop.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas