Trending

“Aryan Khan Pakai Rantai Sal*b Ke?”- Netizen Tertanya-Tanya Status Agama Anak Shah Rukh Khan

Published on

Penampilan anak bujang pelakon Bollywood yang digelar ‘King Khan’, Shah Rukh Khan baru-baru ini menjadi bualan netizen di India.

Aryan Khan telah hadir ke parti hari jadi pengarah popular di negara itu, Karan Johar pada minggu lalu bersama bapa dan ibunya, Gauri.

Kemunculan Aryan yang tampil dengan gaya ‘smart casual’ serba hitam itu bagaimanapun telah menarik perhatian selepas dia dilihat memakai rantai leher berbentuk salib.

Gara-gara berpenampilan sebegitu, ramai netizen di media sosial mempersoalkan status agama anak pelakon Dilwale berkenaan.

“Aryan akan ikut agama Shah Rukh Khan bukan?”- Soal netizen.

Umum tahu bahawa Shah Rukh Khan beragama Islam dan isteri pula beragama Hindu namun sebelum ini Gauri sendiri dikatakan pernah mendedahkan bahawa anak teruna mereka itu akan mengikut fahaman agama bapanya.

Disebabkan itu, tindakan Aryan memakai aksesori tersebut mencetuskan kekeliruan dan persoalan dalam kalangan peminat hiburan di negara berkenaan.

Disebabkan itu, tindakan Aryan memakai aksesori tersebut mencetuskan kekeliruan dan persoalan dalam kalangan peminat hiburan di negara berkenaan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version