Connect with us

Oh! Media

”Apapun Jadi, Mesti Diteruskan” – Ardell Aryana Kongsi Hampir Sampai Dekat Red Zone

Ohmedia ardell Aryana

Trending

”Apapun Jadi, Mesti Diteruskan” – Ardell Aryana Kongsi Hampir Sampai Dekat Red Zone

Ardell Aryana kongsi detik cemas hampir ke red zone dalam misi flotilla ke Gaza. Doa orang ramai jadi kekuatannya!

Pelakon dan sukarelawan Global Sumud Flotilla, Ardell Aryana berkongsi yang kapal mereka semakin hampir ke zon merah (red zone) dalam misi bantuan ke Gaza.

Menurut laporan Kosmo, Ardell menjelaskan keadaan perjalanan mereka sedikit merisaukan apabila melalui zon kuning, namun masih terkawal dengan kehadiran pengiring.

Dah nak sampai red zone. Kejap lagi nak gerak lah ni.

Tentera laut kawal laluan

Menurut Ardell, kapal mereka kini dikawal ketat oleh escort tentera laut yang memastikan keselamatan sukarelawan dan membetulkan laluan kapal sebelum sampai ke kawasan berisiko.

IKLAN

Hari ni selamat sebab ada escort tentera laut. Dia jaga kita orang, betulkan kapal sebelum sampai ke red zone.

Walau bagaimanapun, siaran langsung tersebut terganggu akibat angin kuat, membuatkan suara Ardell sesekali hilang ketika menjawab soalan pengikut.

“Doa kalian sangat power!” – Ardell Aryana

Dalam nada penuh emosi, Ardell menyerahkan segalanya kepada Allah SWT selain menghargai doa rakyat Malaysia dan masyarakat dunia.

Doa korang power, jangan kata ‘hanya mampu berdoa’. Saya kuat sebab Allah bagi kuat dan kalian bagi semangat. Ada Allah bersama.

Ardell juga menegaskan, misi ini tetap akan diteruskan meskipun berdepan risiko.

Kalau tak bernyawa, jangan risau. Kalian jadi penyambung saudara di Gaza.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa Sepanyol dan Itali telah menghantar kapal perang bagi melindungi misi flotilla ke Gaza, selepas berlaku serangan dron berhampiran perairan Greece.

Pssttt! Setiap doa mampu menjadi kekuatan besar buat pejuang kemanusiaan. Jangan pernah meremehkan doa kita kerana ia mungkin penyambung semangat mereka di medan perjuangan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas