Trending
“Apa Salah Saya?” – Influencer Jadi Jemputan Di Sekolah Tampil Pertahankan Diri
Faiz Soul pertahan diri selepas kehadirannya merasmikan program sekolah dipersoalkan hingga dikaitkan dengan siasatan.
Isu pempengaruh hadir merasmikan sebuah program di sekolah terus menjadi bahan bualan hangat selepas beberapa laporan mendakwa pihak sekolah bakal disiasat.
Terkini, influencer terbabit yang dikenali sebagai Faiz Soul menjelaskan kehadirannya bertujuan memberi motivasi dan sumbangan.
BACA: Pempengaruh Rasmi Majlis Akedemik Di Sekolah, JPN Kedah Buka Siasatan
Namun, dia tidak sangka kini bertukar kontroversi sehingga tular di seluruh negara dan dilaporkan portal berita.
Faiz nafi buat salah, hairan mengapa sekolah dipersoalkan

Dalam hantaran di TikTok, Faiz mempersoalkan mengapa tindakannya hadir sebagai tetamu jemputan dijadikan isu besar sehingga menimbulkan perhatian Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Apa salah saya? Saya hadir sebagai usahawan. Saya bukan penjenayah, saya bukan banduan yang hadir rasmi sekolah.
Faiz menegaskan kehadirannya bukan untuk mencari publisiti murahan, sebaliknya mahu berkongsi pengalaman dan turut memberikan sumbangan kepada pelajar.
Saya seketul faiz, hadir dan siap hulur sumbangan. Silap apa sampai perlu disiasat pihak sekolah?
Dalam satu lagi video, Faiz menjawab dakwaan bahawa JPN Kedah akan mengambil tindakan terhadap sekolah tersebut.
Dia menyeru agar orang ramai tidak menambah spekulasi tanpa mengetahui situasi sebenar.
Pssttt! Bila isu jemputan tetamu pun boleh jadi tular, jelas menunjukkan betapa sensitifnya masyarakat terhadap siapa yang diundang ke sekolah. Jika tujuan asal adalah motivasi dan sumbangan, harap semua pihak dapat bertenang dan selesaikan dengan cara terbaik demi kebaikan pelajar.
Kredit: TikTok Faiz Soul
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.