Trending
Anwar Ibrahim Salur Sumbangan RM50,000 Kepada Petugas Barisan Hadapan IPD Putrajaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dengan menghulurkan sumbangan Aidilfitri bernilai RM50,000.
Menurut laporan Bernama, sumbangan khas itu melibatkan 250 anggota IPD Putrajaya sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka menjaga keamanan dan keselamatan negara.
Sunbangan itu telah disampaikan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.
Anwar Ibrahim hargai jasa PDRM

Menurut Muhammad Kamil, Perdana Menteri amat menghargai usaha keras petugas barisan hadapan yang tidak mengenal erti penat dalam menjalankan tugas.
Hari ini sumbangan sebanyak RM50,000 yang merupakan peruntukan khas Perdana Menteri akan diagihkan kepada 250 penerima.
Meringankan beban petugas

Sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban anggota IPD dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed.
Sumbangan ini sangat bermakna bagi anggota kami, terutama yang berkeluarga. Terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan ini.
Beliau turut berharap program seperti ini dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara warga IPD Putrajaya dan Pejabat Perdana Menteri.
#ApaKataOhmedia
Jasa petugas barisan hadapan seperti anggota PDRM, bomba, dan pasukan keselamatan lain amat besar dalam memastikan keselamatan negara.
Sebagai rakyat, kita harus menghormati dan menghargai pengorbanan mereka, bukan hanya ketika musim perayaan tetapi sepanjang masa!

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM