Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Jamin Takkan Lindungi Sesiapa Terbabit Salah Laku Dan Rasuah! 

ohmedia anwar ibrahim

Trending

Anwar Ibrahim Jamin Takkan Lindungi Sesiapa Terbabit Salah Laku Dan Rasuah! 

Anwar Ibrahim tegaskan tiada siapa dilindungi termasuk Shamsul Iskandar yang dipanggil SPRM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan melindungi mana-mana individu yang disyaki terbabit dengan salah laku atau rasuah termasuk bekas Setiausaha Politiknya sendiri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut laporan Harian Metro, jaminan itu dinyatakan Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini dan perkara itu dikatakan sendiri Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau tidak akan melindungi mana-mana pihak… sekiranya ada apa-apa aspek yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa termasuk SPRM.

Shamsul Iskandar hadir beri keterangan kepada SPRM

shamsul iskandar

Shamsul Iskandar hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini bagi membantu siasatan berhubung klip video tular yang memaparkan perbualan antara seorang wanita, Sofia Rini Buyong, dan ahli perniagaan Albert Tei.

IKLAN

Beliau merupakan salah seorang daripada tiga individu yang dipanggil SPRM. Difahamkan, Shamsul sepatutnya hadir semalam namun tidak dapat pulang dari Sabah mengikut jadual.

Anwar ingatkan Menteri-Menteri

anwar ibrahim

Fahmi turut memaklumkan bahawa Anwar memberi peringatan tegas kepada semua menteri mengenai tanggungjawab memantau pegawai masing-masing.

Tiada sesiapa pun yang terkecuali daripada undang-undang dalam negara kita.

Pssttt! Integriti bukan slogan, ia tindakan. Bila pemimpin sendiri buka ruang untuk disiasat, itu tanda serius mahu negara lebih bersih. Kita sebagai rakyat? Kekal peka, kekal menuntut ketelusan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas