Connect with us

Oh! Media

Anggota TLDM Maut Ketika Operasi, Ditemui Tak Sedarkan Diri Lepas Sejam Menyelam

Ohmedia kapal Tldm

Trending

Anggota TLDM Maut Ketika Operasi, Ditemui Tak Sedarkan Diri Lepas Sejam Menyelam

Penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa disahkan meninggal dunia ketika membuat operasi salvaj menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar.

Anggota Penyelam Ranjau dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) itu dilaporkan tidak sedarkan diri selepas lebih sejam turun menyelam bersama seorang lagi rakan setugas.

Tldm

Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohd Syamsuri Mohamad memaklumkan, mangsa ditemui berhampiran KD Pendekar selepas tidak naik ke permukaan.

IKLAN

Dilaporkan, mangsa berusia 28 tahun dan seorang lagi rakan berusia 24 tahun turun kira-kira jam 11.11 pagi di kawasan Perairan Tanjung Penyusop, Pengerang, Kota Tinggi Johor.

Pada 12.29 tengah hari, hanya rakan mangsa berusia 24 tahun sahaja yang naik ke permukaan. Usaha mencari segera dilakukan dan berjaya menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedar berhampiran kapal karam.

Mangsa kemudian dibawa naik ke permukaan namun usaha pegawai perubatan untuk menyelamatkan mangsa yang dilakukan di atas kapal gagal.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk siasatan lanjut dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah.

Ohmedia kapal Tldm

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro | Utusan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas