Connect with us

Oh! Media

Anggota Tentera Samun Wanita Kerana Kehabisan Wang Perbelanjaan

dos penggalak

Trending

Anggota Tentera Samun Wanita Kerana Kehabisan Wang Perbelanjaan

Seorang anggota tentera didakwa menyamun seorang wanita berjaya ditahan polis kira-kira jam 4.10 petang semalam.

ADVERTISEMENT

BACA : Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kes Dadah

Menurut laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku di hadapan sebuah farmasi di Kota Sentosa, Kuching pada 12 Mac lalu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.

Suspek yang berusia 21 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan ini kerana terdesak akibat kehabisan wang perbelanjaan.

Mangsa yang berusia 38 tahun itu mengatakan ketika dia masuk ke dalam kereta, suspek itu juga turut masuk melalui pintu belakang kereta kemudian memaut lehernya menggunakan dua tangan.

Mangsa juga mendakwa berasa seperti ada benda tajam yang disyaki pisau lipat diletakkan di lehernya. Mangsa menggigit lengan suspek lalu menekan hon kereta namun suspek sempat mengambil wang tunai RM26 dari beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.

Mujur mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Selepas je dari kejadian, dia terus membuat laporan polis sebelum suspek ditahan di kaki lima farmasi berkenaan.

Semoga kita semua dijauhkan dari kejadian sebegini. Kalau tiada duit sekalipun, janganlah sampai melakukan perkara sebegitu. Kan makan diri nanti!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas