Trending

Anak Zahid Nafi Dakwaan Lindungi Siti Bainun, Tunjuk Bukti Perbualan

Published on

Anak kepada Presiden UMNO iaitu Datuk Nurulhidayah sekali lagi tampil menafikan dakwaan netizen kononnya mereka sekeluarga melindungi Orang Kena Tuduh (OKT), Siti Bainun.

BACA: “Celah Mana Kami Sekeluarga Cover dan Backup OKT?”- Nurulhidayah Tepis Tuduhan Siti Bainun Anak Angkat Zahid

Dalam hantaran terbaru, Nurulhidayah turut menyertakan mesej perbualan di Whatsapp bertarikh 7 Julai 2021 di mana dia turut mengecam tindakan OKT yang didakwa mengabaikan Bella.

Jelas Nurulhidayah lagi, pendedahan yang dibuatnya ini tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya hanya mahu membersihkan nama keluarga daripada fitnah.

Anak kepada Zahid Hamidi ini turut mengakui pernah rapat dengan OKT suatu ketika dahulu dan disebabkan itu dia rasa dikhianati. Dia menganggap OKT orang yang suka membantu tetapi sebaliknya yang terjadi.

Nurulhidayah dengan tegas menyatakan mereka sekeluarga tidak pernah melindungi OKT.

Kredit: Instagram Nurulhidayah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version