Connect with us

Oh! Media

Anak Tetap Pertahankan Bapanya Walaupun Dipukul Bapa Sendiri

Ohmedia budak

Trending

Anak Tetap Pertahankan Bapanya Walaupun Dipukul Bapa Sendiri

Nampaknya semakin ramai yang hilang pertimbangan dan gagal berfikir dengan waras. Walaupun, kita diuji dengan tahap kesihatan yang membimbangkan serta ekonomi yang teruk pada waktu ini, diharapkan kita terus kuat dan cuba mencari jalan untuk mengatasi segala masalah.

Kami katakan perkara ini selepas melihat video yang menunjukkan seorang bapa memukul anaknya hingga tersungkur atas jalan. Kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur itu telah membuatkan ramai berasa marah.

Whatsapp image 2021 09 09 at 114851

Berdasarkan sebuah video berdurasi dua minit yang dikongsi @admqrie di Twitter, lelaki itu dipercayai telah memukul anaknya selepas ditegur oleh seorang lelaki lain kerana kecuaiannya menjaga kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan budak itu hampir dilanggar oleh kereta ketika sedang melintas jalan raya.

IKLAN

Lelaki itu kemudian memukul bapa berkenaan kerana geram dan apa yang menarik perhatian adalah kanak-kanak tersebut mempertahankan bapanya.

Dia lempang anak dia sampai terjatuh, kasihan budak itu, patutlah dia tak nak ikut bapa dia. Anak dia sanggup mempertahankan bapanya walaupun sudah kena pukul sampai macam itu sekali, saya harap adik sentiasa sihat.

Saya memang marah dengan apa yang bapanya lakukan kepada anaknya, tapi dalam masa sama rasa sebak sebab adik itu sanggup pertahankan ayahnya.

Diharapkan kejadian ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua. Jika korang ada terlihat perkara yang melampaui batas terhadap kanak-kanak boleh berikan teguran kepada mereka.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas