Connect with us

Oh! Media

“Anak Saya Memang Kuat Bergurau” – Bapa Murid Kena Kurung Cikgu Dalam ‘Penjara’ Minta Maaf

Murid sekolah ohmedia

Oh! Tidak

“Anak Saya Memang Kuat Bergurau” – Bapa Murid Kena Kurung Cikgu Dalam ‘Penjara’ Minta Maaf

Sebelum bermulanya cuti sekolah Hari Raya Aidiladha, kecoh satu kejadian di mana seorang bapa mengamuk selepas anaknya dikurung cikgu di dalam pagar besi.

Kejadian itu berlaku di sekolah rendah di Rembau, Negeri Sembilan selepas murid Tahun 1 didapati menganggu kawannya.

BACA: “Macam Tak Ada Otak” – Bapa Mengamuk Anak Darjah 1 Dikurung Dalam Bilik Pagar Besi

IKLAN
Image 105

Bagaimanapun, ibu bapa murid yang dikurung itu tampil memohon maaf selepas melakukan perjumpaan bersama semua yang terlibat pada Rabu. Ini selepas anak mereka didapati melondehkan atau menarik seluar rakannya.

Saya juga sudah mohon maaf kepada ibu bapa murid itu terhadap tindakan anak saya. Mereka enggan memanjangkan isu itu berikutan anak kami memang berkawan baik di luar sekolah. Malah, anak saya memang kuat bergurau.

Semua pihak sudah saling bermaaf-maafan ketika perjumpaan. Saya dan isteri tidak simpan dalam hati. Bagaimanapun, saya sudah serahkan segalanya kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk siasat.

Guru terbabit turut menjelaskan apa yang berlaku ketika itu sehingga dia mengambil keputusan berkenaan.

Saya dimaklumkan guru kelas, anak saya bergurau dengan menarik seluar kawannya. Bukan anak saya seorang yang melakukannya. Malah, ia turut membabitkan tiga atau empat murid lain.

Anak saya kini trauma dan tidak mahu ke sekolah sebab takut dimasukkan dalam penjara lagi…

Anak saya buat masa sekarang tak nak ke sekolah sebab takut ke tempat itu. Saya berharap kejadian seumpama ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Saya juga minta tempat tersebut dibuka dan jangan jadikan tempat kurung budak-budak kat dalam tu.

Setakat ini kita masih menantikan tindakan lanjut dan siasatan penuh pihak PPD.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas