Connect with us

Oh! Media

Anak Najib Razak Samakan Bapa Dengan Nabi Yusof Dan Nelson Mandela Ketika Berucap

Trending

Anak Najib Razak Samakan Bapa Dengan Nabi Yusof Dan Nelson Mandela Ketika Berucap

Hampir dua minggu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke dalam penjara dan keluarga terutamanya anak-anak sudah beberapa kali meluahkan kesedihan mereka.

ADVERTISEMENT

Nizar Najib semalam ketika berucap di satu acara berkata hukuman yang dikenakan ke atas bapa tersayangnya itu ada hikmah di sebaliknya.

Malah, Nizar berkata dugaan dilalui oleh Najib ini ada persamaan dengan apa yang berlaku kepada Nabi Yusuf fan tokoh anti-aparteid Nelson Mandela.

Jelasnya, kedua-dua Nabi Yusuf dan Nelson Mandela bangkit dan disanjung selepas keluar dari penjara disebabkan konflik yang berlaku ketika zaman itu.

Mungkin ini adalah cara Allah SWT untuk angkat darjat ayahanda dengan lebih tinggi. Itulah yang berlaku kepada Nabi Yusuf yang dipenjarakan atas tuduhan palsu. Itu (juga) yang berlaku kepada Nelson Mandela yang menentang dasar aparteid.”

Kata Nizar, tak ramai orang sekuat dan setabah bapanya jika melalui dugaan seperti ini kerana meskipun menerima tekanan bertubi-tubi dari seluruh dunia, beliau masih mampu bertahan.

Bukan hanya tekanan di mahkamah, tetapi juga daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bermacam lagi tekanan dilalui bapanya.

Kalau orang lain yang menghadapi situasi yang sama, barangkali boleh menjadi gila dan koma selama berbulan-bulan.”

Kredit: Youtube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas