Connect with us

Oh! Media

Anak Bekas ADUN Ditemui Dalam Keadaan Bau Busuk Dan Hanya Tinggal Rangka

Polis siasat gambarwanita mediasosial dijual ohmedia

Trending

Anak Bekas ADUN Ditemui Dalam Keadaan Bau Busuk Dan Hanya Tinggal Rangka

Rangka adik kepada bekas ADUN Pasir Bedamar ditemui di rumah! Bau busuk dedah kisah tragis lelaki tua tinggal sendirian.

Terdapat satu kejadian yang mengejutkan apabila rangka dan tengkorak manusia di temui di tingkat atas sebuah rumah kayu dua tingkat di Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan baru-baru ini.

Lebih menyayat hati, mayat itu dipercayai merupakan anak bongsu kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Wah Keng Jooi yang pernah berkhidmat dari tahun 1959 hingga 1964.

Tak dapat naik sebab tangga reput, terpaksa panggil polis

Rangka Anak Bekas Adun

Menurut laporan Harian Metro, abang mangsa yang berusia 78 tahun datang ke rumah tersebut kira-kira jam 11 pagi pada Sabtu lepas kerana mahu melawat adiknya yang tinggal seorang diri di rumah pusaka itu.

IKLAN

Namun, dia terhidu bau busuk yang sangat mencurigakan, dan tidak dapat naik ke tingkat atas kerana struktur tangga kayu telah reput. Bimbang akan keselamatan adiknya, dia terus membuat laporan polis.

Jumpa rangka bersama anjing peliharaan

Pdrm

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, mengesahkan penemuan tersebut.

Siasatan awal menemui tengkorak dan rangka manusia bersama anjing peliharaannya serta beberapa barangan peribadi milik mangsa di tingkat atas rumah terbabit.

Mangsa yang dipercayai berusia 75 tahun tinggal bersendirian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, untuk proses bedah siasat.

Menurut polis, buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan sambil menunggu keputusan forensik.

Pssttt! Sayangi dan ambil tahu keadaan ahli keluarga, terutama yang sudah tua dan tinggal bersendirian. Kadangkala perhatian kecil boleh selamatkan nyawa.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas