Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Anak Autisme Umur 11 Tahun Pandu Kereta, Bapa Disaman

Baru-baru ini tular di Facebook, video berdurasi 30 saat telah memaparkan seorang kanak-kanak berumur 11 tahun memandu kereta bersendirian tanpa ibu bapa di sekitar bandar Sibu. Pulak dah…

BACA: Budak 6 Tahun Letak Kerusi Kecil Atas Kerusi Pemandu, Adik Pula Tekan Minyak

IKLAN

Kejadian ini telah dirakam oleh seorang lelaki yang juga terkejut melihat tindakan kanak-kanak itu.

Selepas disoal, kanak-kanak itu menjelaskan kereta itu adalah milik bapanya dan meminta lelaki itu tidak membuat laporan polis ke atasnya.

Awak 11 tahun, ada lesen memandu? Mak ayah awak mana? Kenapa pandu kereta orang? Awak nak saya buat laporan polis? Nanti saya buat laporan polis, saya dah rakam nombor plate.

Susulan penularan video itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisoner Zulkipli Suhaili mengesahkan telah mengeluarkan saman terhadap bapa kanak-kanak itu selepas membuat siasatan lanjut.

Siasatan juga mendapati kanak-kanak itu menghidap penyakit autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu.

Nasib baik budak tu tak ada kecederaan. Buat para ibu bapa yang mempunyai anak autisme diingatkan supaya sentiasa mengawasi pergerakan mereka. Kalau tak, macam-macam boleh jadi.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas