
Oh! Artis
Amy Search Hadir Ke Balai Polis Bersama Isteri
Amy Search dan isteri hadir ke IPD Shah Alam. Ada kaitan dengan kes Shila Amzah?
Isteri kepada penyanyi legenda tanah air, Datuk Amy Search, iaitu Datin Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Nourish, dilihat hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pagi Rabu.
Gambar yang dimuat naik di media sosial itu menunjukkan Amy dan Nourish berdiri bersama tiga individu lain di hadapan IPD, dipercayai dua daripadanya adalah peguam.
Namun begitu, tiada sebarang penjelasan diberikan oleh Nourish mengenai tujuan mereka ke balai polis tersebut, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Usaha hubungi isteri Amy Search gagal, tiada penjelasan diberikan…

Cubaan media untuk mendapatkan kenyataan daripada Nourish juga tidak berhasil apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Tindakan ini menambahkan lagi tanda tanya netizen, lebih-lebih lagi selepas kemunculan semula isu panas melibatkan Amy dan penyanyi Shila Amzah.
Ada kaitan dengan laporan Shila Amzah?

Terdahulu, pada 10 Julai lalu, Shila Amzah tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya telah diserang oleh seorang penyanyi legenda.
Shila kemudiannya mengesahkan bahawa individu tersebut adalah Amy Search, yang juga merupakan bapa kepada pelakon Nabila Huda.
Susulan daripada itu, pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak bagi membantu siasatan.
Sumber siasatan awal mendapati insiden itu berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap tindakan Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.
Pssttt! Apa pun kisah sebenar di sebalik kehadiran Amy dan isteri ke IPD Shah Alam, kita sebagai orang luar seharusnya tidak cepat membuat andaian. Dalam apa jua konflik, komunikasi yang baik dan saluran undang-undang adalah cara terbaik untuk selesaikan isu.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
