Connect with us

Trending

Ambil Macam-Macam Lauk Tapi Terkejut Kena RM40, Lelaki Ini Buat Netizen Berdebat

Isu kenaikan harga barang sehingga kini masih menjadi isu utama dalam kalangan pengguna. Iyalah, bila barang mentah makin mahal, harga makanan pun naik. Ianya serba sedikit memberi kesan kepada peniaga dan pembeli.

Terbaru di media sosial, netizen berdebat mengenai harga nasi lemak yang dibeli seorang lelaki di gerai tepi jalan. Dalam video itu, kelihatan lelaki tersebut membeli dua bungkus nasi lemak dengan harga RM40.

IKLAN

Nasi lemak tepi jalan RM40

Untuk bungkusan pertama dia dikenakan caj RM18 yang mana dia ambil lauk sambal sotong, ayam goreng, telur mata dan nasi tambah. Bungkusan kedua pula, dia ambil lauk ayam goreng, sotong sambal, daging rendang dan nasi tambah dengan harga RM22.

Netizen berdebat, mahal atau berpatutan?

@han_aziz_ Nasi Lemak Tepi Jalan #nasilemakfamous #sripetaling ♬ original sound – Han Aziz

Meninjau di media sosial, netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai harga nasi lemak itu. Ada yang kata harga berpatutan dengan lauk yang diambil, dan ada juga yang kata ‘cekik darah’.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas