
Oh! Arena
Amad Diallo Dan Garnacho Buat Isyarat Lucah Lepas Kalah
Amad Diallo dan Garnacho buat hal di Bukit Jalil lepas United tewas mengejut kepada Asean All Stars.
Malam yang sepatutnya jadi hiburan jadi kurang best pula bila pemain Manchester United, Amad Diallo, buat isyarat lucah dekat penyokong selepas kekalahan memalukan kepada Asean All Stars.
United tewas 0-1 ke atas Asean All Stars dalam perlawanan persahabatan pascamusim yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kekalahan ini bukan saja mengejutkan penyokong, tapi juga cetuskan drama panas.
Jari tengah Amad Diallo jadi tumpuan…
Rakaman tular di media sosial menunjukkan Amad Diallo dengan jelas mengangkat jari tengah ketika berjalan menuju ke bilik persalinan.
Diallo mengangkat jari tengahnya secara jelas ketika berjalan menuju ke bilik persalinan.
Menurut saksi, tindakan Diallo dipercayai sebagai respon terhadap ejekan dan cemuhan penyokong yang kecewa dengan persembahan United malam tu.

Garnacho pun buat hal…
Bukan Amad sorang je, Alejandro Garnacho turut dirakam membuat isyarat lucah kepada jurukamera selepas tamat perlawanan. Nampaknya tekanan kalah pada pasukan pilihan Asia Tenggara memang susah nak diterima.
Tindakan dua pemain muda ini cetus perdebatan hangat. Ramai pertikai tahap profesionalisme mereka yang sepatutnya lebih matang ketika berdepan tekanan dan provokasi.
Pemain profesional tidak mampu mengawal emosi selain turut bertindak di luar batasan.
Dengan status mereka sebagai bintang antarabangsa di kelab gergasi dunia, perkara macam ni memang tak boleh dipandang ringan.
Dalam perlawanan penuh kejutan tu, Asean All Stars berjaya tewaskan United hasil jaringan Maung Maung Lwin pada minit ke-71. Satu pencapaian membanggakan bagi pasukan rantau ini.
Pssttt! Kalau kalah, tak salah rasa kecewa. Tapi bila jadi pemain profesional, emosi kena dikawal. Buat isyarat lucah depan ribuan penyokong termasuk yang bawa anak kecil, itu bukan contoh yang baik. Harap Diallo dan Garnacho belajar dari insiden ni. Sukan kena ada semangat, bukan sekadar ego.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
