Connect with us

Oh! Media

Aliff Syukri Beri Nasihat Rumah Tangga Lepas Lihat Cik Epal Dan Jofliam Gaduh Depan Anak

aliff syukri

Trending

Aliff Syukri Beri Nasihat Rumah Tangga Lepas Lihat Cik Epal Dan Jofliam Gaduh Depan Anak

Sejak semalam, konflik di antara pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam semakin hangat apabila mereka bertelagah ketika proses ambil barang di rumah.

BACA: Cik Epal Dan Jofliam Digesa Hentikan ‘Gelombang Fitnah’

IKLAN

Lebih parah lagi apabila pergaduhan disaksikan kedua-dua anak mereka iaitu Han dan Yuki. Isu ini mengundang perhatian ramai termasuk usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Nasihat Aliff Syukri untuk pasangan berkahwin

Menerusi satu video yang dikongsikan semula di TikTok, Aliff Syukri memberi nasihat untuk mengelakkan pergaduhan di dalam rumah tangga.

Katanya, pasangan dinasihatkan supaya tidak meletakkan kedudukan sebagai suami atau isteri ketika bertengkar.

Dua-dua kepala ni jangan letakkan engkau suami, sebab kalau kau suami kau sentiasa betul kau sentiasa ego. Jangan meletakkan engkau sebagai isteri, sebab bila isteri kau akan minta hak engkau, kau minta dihormati kau minta dikasihi.

Dalam situasi tegang, masing-masing hendaklah meletakkan diri sebagai sahabat di mana mereka tidak sensitif dan boleh meluahkan isi hati tanpa rasa terganggu.

Masa ‘panas’ jangan duduk dekat

aliff syukri

Selain itu, pasangan hendaklah meletakkan rasa sayang melebihi segala-galanya. Rasa sayang itu hendaklah ikhlas dan tidak disebabkan faktor-faktor lain seperti harta benda dan sebagainya.

Tolong ketika panas jangan duduk terlalu dekat, walau siapa pun anda.

Usahawan ini memberi contoh konflik rumah tangga yang pernah dihadapinya sendiri. Dedah beliau, walaupun isterinya, Datin Shahida kelihatan lemah lembut secara luaran, apabila bergaduh isterinya juga bertindak kasar disebabkan emosi.

Perempuan bila bergaduh dik semua binatang peliharan dekat zoo negara keluar. Perempuan ni dik bila dia bercakap dia emosi, tidak ada akal. Sebab tu bila bergaduh dia akan cakap, “Ceraikan aku, berambus kau daripada sini, engkau lelaki jahat ceraikan aku talak 3.”

Namun, di dalam hati perempuan sebenarnya mahu lelaki memujuknya dan memberi perhatian kepada perkara yang dikehendakinya.

Pssttt! Betul juga kata Aliff Syukri ni kan? Apabila bergaduh jangan terlalu ikutkan emosi kerana ianya hanya akan membinasakan diri sendiri.

Kredit: TikTok @modelistaempire
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas