Connect with us

Oh! Media

“Saya Ni Seolah-Olah Macam Penjenayah” – Aliff Syukri

209c57a3 5658 4c6a 8161 2eabeba0094d

Trending

“Saya Ni Seolah-Olah Macam Penjenayah” – Aliff Syukri

Tidak dinafikan nama Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman selalu sahaja dilanda bermacam-macam kontroversi terutamanya mengenai kehidupannya di media sosial.

Apa sahaja yang dimuat naik Aliff Syukri di laman sosial, pasti ada komen-komen negatif yang akan dilemparkan oleh segelintir netizen kepadanya.

Bagi yang mengikuti Aliff Syukri di laman Instagram mesti korang perasankan, sejak kebelakangan ni Aliff Syukri banyak memuat naik posting-posting mengenai rumah-rumah dan kereta yang ingin dijual.

IKLAN
D7ebdc69 e6be 461d 93e3 afe5776293f1
888586d2 41de 47ff 8514 9c7d651760bc

Dalam satu sesi temubual khas oleh Utusan Online, dia telah memberitahu hasrat hatinya untuk melakukan satu perubahan besar dalam hidup iaitu mahu meninggalkan Malaysia dan menetap di Australia.

Dia dikatakan sudah ‘give up’ dengan situasi dan kontroversi yang dihadapinya di Malaysia dan itu juga merupakan sebab utama mengapa dia mahu berpindah ke Australia.

Saya rasa macam dah give up duduk di Malaysia.

 Bila kes Wany ni saya berfikir, ya allah aku ni buat apa dengan orang. Contohlah. Saya tak bersalah, tak tahu kes apa-apa dengan anak angkat saya. Oh sayalah kena.

Saya ni seolah-olah macam penjenayah. – Katanya.

Dia juga mahu menjual rumahnya kerana ia dikatakan sebagai satu beban buatnya sebelum boleh berpindah ke luar negara. Ini kerana kos penyelenggaraan rumah itu agak mahal selain ekonomi yang merudum sewaktu pandemik Covid-19 ini.

Kalau ada orang yang nak membeli rumah ni, kalau ada yang mampu, saya akan berpindah. – Kata Aliff.

Saya nak matikan Instagram dan biar manager jaga dan nak mulakan hidup baru. Saya pun dah tua takkan saya nak tergedik-gedik cari kontroversi murahan. – Katanya.

Kadang-kadang kita lupa bahawa orang seperti Aliff Syukri juga manusia. Seperti mana kita mahu menjalani kehidupan seharian kita dengan aman dan tenang, begitu juga bagi mereka.

Kredit: Utusan Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas