Connect with us

Oh! Media

“Saya Bukan Pusat Kebajikan Atau Zakat”, Aliff Syukri Alu-Alukan Saman Dari Wani

Trending

“Saya Bukan Pusat Kebajikan Atau Zakat”, Aliff Syukri Alu-Alukan Saman Dari Wani

Seperti yang dijanjikan oleh Datuk Seri Aliff Syukri, beliau akan buat sidang media dan buktikan segala tuduhan dari Wani Comel terhadap dirinya adalah palsu. Dilakukan di kediamannya di Damansara semalam, Aliff Syukri telah meluahkan rasa kesalnya selepas dituduh menipu Wani untuk jadi duta produk kurus.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini Wani pernah nyatakan yang Aliff dah janji pada dia nak kasi macam-macam, tapi at the end dia tak dapat apa-apa pun. Menjawab tuduhan itu, Aliff kata yang itu semua tak pernah dinyatakan dalam kontrak pun. Niatnya hanya nak bantu Wani pulih dan dapat berjalan macam biasa supaya dapat bantu ibunya, itu sahaja.

BACA : “Benda Dah Lama Kenapa Baru Nak Cerita? Awak Nak Saman Saya?” – Aliff Syukri

“Saya tidak ada menjanjikan bulan dan bintang seperti rumah, kereta dan kekayaan yang lain. Dalam perjanjian tersebut, jelas menyatakan pemberian yang akan diberi adalah atas budi bicara. Itu yang ditulis di dalam kontrak.” – katanya.

Kata Aliff, sepanjang kenal Wani, macam-macam jenis kos dah pun dia tanggung. Ini termasuklah kos pembedahan bariatrik, tempat tinggal , bayaran jurulatih peribadi, pakar pemakanan, tukang masak dan macam-macam lagi. Tapi, apa yang dibalas oleh Wani sekarang buat diri Aliff rasa sangat terkilan dan kecewa.

Bila sentuh pula segala jenis ‘kemewahan’ yang dah pun dijanjikan, Aliff bertegas memang dia tak pernah menyatakan hal tersebut. Bahkan kalau ada, Aliff kata boleh lah bawa dan tuntut di mahkamah. Yelah, kalau fikir logik, takkan semudah itu Datuk Aliff nak bagi segala harta benda dekat Wani, kan? Baik bagi dekat keluarga sendiri.

“Dia bukan keluarga saya, bukan isteri saya dan bukan sesiapa. Cari kerja, sebab ada tangan dan kaki. Perlu diingat, saya bukan pusat kebajikan atau zakat. Saya cuma membantu atas dasar ihsan sesama manusia.” – tambahnya.

Aliff juga percaya yang ada beberapa individu yang memang berniat nak jatuhkan beliau. Tapi bak kata Datuk Aliff, dia pun tak kacau orang dan dia pun taknak cari gaduh dengan sesiapa. Andai kata benda ini makin berlarutan, Aliff tak akan teragak-agak untuk bawanya ke mahkamah.

“Saya tidak mahu bergaduh dengan siapa-siapa. Terang-terang Wani cuba menjatuhkan perniagaan dan imej saya sebagai usahawan. Saya sedar orang ramai tidak menyukai perangai saya dan percaya masih ramai segerombolan manusia lain yang cuba menjatuhkan saya.” – katanya.

Setakat ini, Aliff belum ada lagi berniat untuk ambil tindakan undang-undang terhadap dirinya. Buat masa sekarang, beliau nak tengok dulu apa maklum balas dan tindakan yang akan dibuat oleh Wani. Masih nak teruskan ke untuk tuntut segala bayaran pampasan dari Aliff Syukri?

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas