Connect with us

Oh! Media

Alami ‘Morning Sickness’ Teruk, Isteri Fad Bocey Hamil Anak Kelima

Fad Bocey

Oh! Artis

Alami ‘Morning Sickness’ Teruk, Isteri Fad Bocey Hamil Anak Kelima

Syaheera Rahman, isteri kepada pelawak Fad Bocey berkongsi berita gembira apabila kini dia sedang hamil anak kelima.

ADVERTISEMENT

Isteri kepada pelawak itu, memaklumkan berita ini menerusi satu perkongsian video di TikTok miliknya dan mendoakan agar Allah meniupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kepada pasangan yang telah lama menantikan zuriat.

Ingat empat rupa-rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. Kepada sesiapa yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian.

Syaheera juga memuat naik video menerusi Instastory miliknya tentang seorang wanita mat saleh yang berdepan ‘morning sickness’ yang teruk sepertinya.

Fad Bocey

Sama seperti saya lepas test tu jadi double line kalau tak scan tak buat test elok pula tapi sudah tentu la kita kena buat test to extra careful.

Makanya lama menyepi sebab ni la. Dalam kereta, dekat kedai makan, depan rumah apatah lagi dalam toilet. Lagi la bwek.

Netizen juga mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan agar mereka dipermudahkan segala urusan sepanjang kehamilan. 

Fadzlie atau Fad telah berkahwin bersama pasangannya Syaheera pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata.

BACA: “Dugaan Apa Ni” – Fad Bocey Terlibat Dalam Kemalangan, Ada Hentakan Di Kepala

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas