Connect with us

Oh! Media

“Aku Baru Beli Rumah..” – YouTuber Terkenal Bangga Beli Rumah RM9.7 Juta! Sekali Kantoi Hanya Menyewa?

youtuber

Oh! Artis

“Aku Baru Beli Rumah..” – YouTuber Terkenal Bangga Beli Rumah RM9.7 Juta! Sekali Kantoi Hanya Menyewa?

Tak salah pun sebenarnya nak kongsi sesuatu kejayaan tu kalau niat kita hanya untuk memberikan inspirasi kepada orang lain. Tapi itulah, kalau niat tayang kemewahan tu demi konten dan menarik orang untuk lakukan perkara tak sepatutnya, itu macam tak patut lah. Apatah lagi kalau kita menipu pula dalam perkongsian tu.

ADVERTISEMENT

Macam sekarang ni, kecoh jugalah dekat Facebook selepas ada individu mendedahkan tentang seorang YouTuber terkenal didakwa menipu dengan mengatakan telah membeli rumah bernilah RM9.7 juta.

Dalam video itu, YouTuber itu dilihat menunjukkan beberapa jumlah wang tunai yang diberikan kepada seorang wanita dipercayai agen rumah berkenaan. Dia turut menandatangan dokumen sambil berkata apa yang dicapainya adalah inspirasi kepada golongan muda untuk berjaya dalam hidup.

Kantoi hanya sewa rumah dan bukannya beli RM9.7 juta…

Sekarang influencer ni cakap dia beli bungalow RM9.7 juta. Bila abam buat carian hak milik rupanya dia menyewa saja bukan owner pun. sekarang memang owner nak jual RM9.8 juta nego.

Dalam hantaran di Facebook, individu ini turut menunjukkan segala bukti cariannya mengenai rumah yang didakwa telah dibeli YouTuber terbabit.

Bukan hanya itu, individu ini turut mempersoal tindakan sesetengah pempengaruh yang tergamak menerima job haram seperti mempromosikan judi demi hidup mewah.

Pengaruh influencer yang potray diri diorang mewah dan berjaya. Influencer kat bawah ni followers juta-juta. Kebanyakan budak-budak. Yang tak boleh belah dia promote judi terang-terang.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas